Monday, May 23, 2016

Resipi : Jus Mangga

Assalamualaikum. Sekarang ini, musim panas kan? On the way ke sekolah, banyak je gerai-gerai menjual air. Yang tengah meletop sekarang, air bekas besar RM5 dan jus mangga. Jadi Cikgu Sha nak kongsikan cara membuat jus mangga yang sedap, pekat dan likat. Hehe. Senang sangat sangat. :)

Bahan-bahan :

1 biji mangga ( anggaran untuk seorang )
2-3 sb susu pekat manis ( ikut tahap kemanisan masing-masing )
Ais kiub
Air minuman ( yang telah dimasak )

Cara-cara :

1. Bersihkan buah mangga, kupas kulit dan potong mangga tersebut.
2. Masukkan mangga, susu pekat manis, ais kiub dan sedikit air minuman ke dalam pengisar.
3. Kisar semua bahan sehingga halus dan pekat.
4. Tambah ais kiub dalam gelas semasa menghidang jika perlu.
5. Sedia untuk diminum.


Gambar daripada En.Google sahaja.
Nanti Cikgu Sha letak gambar sendiri okey. Hehe


Balik sekolah petang nanti boleh pergi beli mangga. Sedapnya, selamat mencuba! :)


BBS, 10.00 am, 23 Mei 2016.

Sunday, May 22, 2016

Resipi : Ikan Kembung Air Asam

Assalamuaikum. Hari ini Cikgu Sha nak habiskan lauk mentah dalam peti ais. Ada ikan kembung 2 ekor lagi. Nak senang, terus terfikir nak masak ikan kembung air asam. Paling senang di dunia. Hehe. Sebab senang sangat, Cikgu Sha lupa nak snap gambar masa memasak. Takpe lah, next time Cikgu Sha masak lagi, Cikgu Sha letakkan gambar kat sini okey? :)

Bahan-bahan :

Ikan kembung 2 ekor
Bawang merah 3-4 biji ( Ikut kesukaan masing-masing )
Tomato
Cili api ( Ikut tahap kepedasan masing-masing)
Cili merah 1 tangkai
Asam jawa
Belacan
Asam limau
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Bersihkan ikan kembung dan toskan.

2. Rebuskan ikan kembung sekejap sahaja. Kalau lama sangat, ikan jadi kering dan kering, nanti rasa dia tak sedap dan tak segar.

3. Ramas asam jawa bersama-sama air dan belacan dalam mangkuk yang besar, supaya senang nak gaul semua bahan nanti.

4. Hiris bawang merah, tomato, cili api, cili merah dan masukkan dalam air asam jawa tadi.

5. Perasakan bahan-bahan tadi dengan garam dan gula.

6. Letakkan ikan kembung yang direbus dalam pinggan dan tuang bahan-bahan tadi ke dalam pinggan tersebut.

7. Perahkan asam limau dan hiaskan selebihnya di atas hidangan.

8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Paling senang di dunia kannnn? Hehe. Dalam masa 8-10 minit dah siap dimasak dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencubaaaa. :)


BBS, 3.12 pm, 22 Mei 2016.

Saturday, May 21, 2016

Resipi : Sambal Ikan Bilis.

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu. Bangun pagi tadi, Cikgu Sha rasa macam nak makan nasi lemak, jadi apa lagi, kita godek-godek apa bahan yang ada kat dapur. Cunnn semua bahan ada kecuali bawang besar ada sebiji je. Hehe okey lah sebab nak buat sambal cukup untuk sepinggan / semangkuk sambal ikan bilis. Mari kita mulaaaaa!

Bahan-bahan :

2 biji bawang besar ( 1 dikisar, 1 dihiris )
3 biji bawang merah ( dikisar )
4-5 sb Cili boh / cili kering yang dikisar sendiri ( Suka jenama Puteri )
1 mangkuk ikan bilis saiz sederhana ( dibersihkan dan ditoskan )
2 keping asam keping
Garam
Gula
Belacan ( dibakar sekejap )
Gula merah / gula melaka

Cara-cara :

1. Goreng ikan bilis separuh masak, sekejap sahaja.

2. Kisar 1 biji bawang besar, 3 biji bawang merah, belacan dan secubit ikan bilis mentah dengan sedikit air.

3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi. Pastikan minyak mencukupi supaya proses menumis mudah dan digoreng dengan elok.

4. Masukkan cili boh apabila bahan ditumis sudah bertukar warna dan berbau harum.

5. Masukkan gula semasa menumis untuk mendapat warna sambal yang cantik.

6. Masukkan air untuk mengelakkan cili menjadi hangit.

7. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dihiris ke dalam sambal tadi.

8. Masukkan garam, gula merah dan asam keping.

9. Kacau sehingga rata dan renehkan sehingga sambal menjadi pekat.

10. Hidangkan untuk dinikmati bersama-sama ahli keluarga.


Gorengkan ikan bilis.

Ikan bilis yang sudah digoreng separuh masak.

Bahan kisar.

Bahan yang telah dikisar bersama sedikit air.

Tumiskan bahan kisar tadi.

Ini dia jenama cili boh kegemaran Cikgu Sha, PUTERI.

Masukkan cili boh.

Masukkan ikan bilis apabila cili sudah garing.

Kacau rata dan perasakan.

Renehkan sehingga menjadi pekat.

Sambal ikan bilis sedia untuk dimakan.


Senang, ringkas dan cepat. Selamat mencubaaaaa! :)


BBS, 1.45 pm, 21 Mei 2016.


Anneyong. :)

Assalamualaikum. Anneyong. :)

Disebabkan Cikgu Sha suka makan, jadi Cikgu Sha terpaksa lah memandaikan diri untuk memasak. Untuk memudahkan lagi proses memandaikan diri dalam dunia masakan, Cikgu Sha decide nak buat blog untuk simpan koleksi resipi masakan yang diri sendiri suka. Hehe. Fighting Cikgu Sha! :p


DOTS 2016.


BBS, 12.57 am, 21 Mei 2016.