Saturday, May 21, 2016

Resipi : Sambal Ikan Bilis.

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu. Bangun pagi tadi, Cikgu Sha rasa macam nak makan nasi lemak, jadi apa lagi, kita godek-godek apa bahan yang ada kat dapur. Cunnn semua bahan ada kecuali bawang besar ada sebiji je. Hehe okey lah sebab nak buat sambal cukup untuk sepinggan / semangkuk sambal ikan bilis. Mari kita mulaaaaa!

Bahan-bahan :

2 biji bawang besar ( 1 dikisar, 1 dihiris )
3 biji bawang merah ( dikisar )
4-5 sb Cili boh / cili kering yang dikisar sendiri ( Suka jenama Puteri )
1 mangkuk ikan bilis saiz sederhana ( dibersihkan dan ditoskan )
2 keping asam keping
Garam
Gula
Belacan ( dibakar sekejap )
Gula merah / gula melaka

Cara-cara :

1. Goreng ikan bilis separuh masak, sekejap sahaja.

2. Kisar 1 biji bawang besar, 3 biji bawang merah, belacan dan secubit ikan bilis mentah dengan sedikit air.

3. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi. Pastikan minyak mencukupi supaya proses menumis mudah dan digoreng dengan elok.

4. Masukkan cili boh apabila bahan ditumis sudah bertukar warna dan berbau harum.

5. Masukkan gula semasa menumis untuk mendapat warna sambal yang cantik.

6. Masukkan air untuk mengelakkan cili menjadi hangit.

7. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dihiris ke dalam sambal tadi.

8. Masukkan garam, gula merah dan asam keping.

9. Kacau sehingga rata dan renehkan sehingga sambal menjadi pekat.

10. Hidangkan untuk dinikmati bersama-sama ahli keluarga.


Gorengkan ikan bilis.

Ikan bilis yang sudah digoreng separuh masak.

Bahan kisar.

Bahan yang telah dikisar bersama sedikit air.

Tumiskan bahan kisar tadi.

Ini dia jenama cili boh kegemaran Cikgu Sha, PUTERI.

Masukkan cili boh.

Masukkan ikan bilis apabila cili sudah garing.

Kacau rata dan perasakan.

Renehkan sehingga menjadi pekat.

Sambal ikan bilis sedia untuk dimakan.


Senang, ringkas dan cepat. Selamat mencubaaaaa! :)


BBS, 1.45 pm, 21 Mei 2016.


No comments: