Bahan-bahan :
1 biji mangga ( anggaran untuk seorang )
2-3 sb susu pekat manis ( ikut tahap kemanisan masing-masing )
Ais kiub
Air minuman ( yang telah dimasak )
Cara-cara :
1. Bersihkan buah mangga, kupas kulit dan potong mangga tersebut.
2. Masukkan mangga, susu pekat manis, ais kiub dan sedikit air minuman ke dalam pengisar.
3. Kisar semua bahan sehingga halus dan pekat.
4. Tambah ais kiub dalam gelas semasa menghidang jika perlu.
5. Sedia untuk diminum.
Gambar daripada En.Google sahaja. Nanti Cikgu Sha letak gambar sendiri okey. Hehe |
Balik sekolah petang nanti boleh pergi beli mangga. Sedapnya, selamat mencuba! :)
BBS, 10.00 am, 23 Mei 2016.
2 comments:
Terima kasih cikgu
Mf cikgu sha..blh tahu mangga apa yang cikgu sha guna tu?
Post a Comment